Panduan Penjual Rumah

Cara Kira Duit Bersih Selepas Jual Rumah

Harga jual rumah bukan jumlah yang terus masuk ke tangan. Kira baki loan dan semua kos penting supaya anda tahu anggaran duit bersih sebelum setuju menjual.

Asas kiraan

Duit bersih ialah baki selepas semua potongan jualan diselesaikan.

Sebelum tetapkan harga rumah, penjual perlu tahu anggaran baki pinjaman, komisen ejen, CKHT/RPGT jika berkenaan, kos guaman dan bayaran lain.

Apa yang biasanya ditolak?

4 kos utama yang penjual perlu ambil kira

01 — WAJIB SEMAK

Baki pinjaman bank

Minta redemption statement daripada bank untuk mengetahui jumlah penyelesaian pinjaman sebenar.

02 — JIKA GUNA EJEN

Komisen ejen

Komisen ejen hartanah berdaftar dan cukai berkaitan perlu dimasukkan dalam kiraan awal.

03 — JIKA BERKENAAN

CKHT / RPGT

Cukai Keuntungan Harta Tanah bergantung kepada tempoh pegangan dan profil penjual.

04 — KOS LAIN

Guaman & tunggakan

Contohnya kos pelepasan gadaian, cukai tanah, cukai taksiran atau bil penyelenggaraan tertunggak.

Kalkulator ringkas

Kira anggaran duit bersih jual rumah

Masukkan angka anggaran. Anda boleh masukkan RM0 bagi kos yang tidak berkaitan.

Maklumat jualan

Kalkulator ini untuk anggaran sahaja, bukan pengesahan cukai atau nasihat guaman.

ANGGARAN DUIT BERSIH

RM135,040
Harga jualRM400,000
Jumlah potonganRM264,960
Baki pinjamanRM250,000
CKHT / kos lainRM14,960
Sebelum setuju harga

3 langkah untuk dapatkan kiraan yang lebih tepat

LANGKAH 01

Semak baki loan

Minta redemption statement daripada bank. Jangan hanya bergantung pada anggaran baki dalam aplikasi bank.

LANGKAH 02

Semak harga pasaran

Bandingkan harga transaksi dan listing semasa supaya harga jual masih realistik selepas ditolak kos.

LANGKAH 03

Semak CKHT & dokumen

Berikan maklumat pembelian asal dan tempoh pemilikan kepada peguam untuk semakan yang tepat.

Soalan lazim

FAQ duit bersih selepas jual rumah

Bila penjual dapat duit bersih selepas jual rumah?

Kebiasaannya selepas urusan pindah milik, penyelesaian baki pinjaman dan syarat transaksi dipenuhi.

Adakah komisen ejen ditolak daripada harga jual rumah?

Komisen ejen ialah salah satu kos penjual. Ia perlu diambil kira ketika menentukan harga jual dan membuat anggaran duit bersih.

CKHT mesti kena bayar ke?

Tidak semestinya. Ia bergantung kepada tempoh pegangan, status penjual dan pengecualian yang mungkin terpakai.

Kalau duit jualan tak cukup untuk settle loan macam mana?

Perlu dibincangkan lebih awal dengan bank dan peguam. Penjual mungkin perlu menambah kekurangan bagi membolehkan pinjaman diselesaikan.

Nak tahu nilai rumah anda?

Semak harga pasaran dan anggaran duit bersih rumah anda.

Hubungi Anis Anuar untuk semakan awal sebelum anda menetapkan harga jual rumah di Perak.

Compare Properties

Compare
You can only compare 4 properties, any new property added will replace the first one from the comparison.