Kenapa Ejen Hartanah Minta Payslip, Ini Sebabnya
Payslip bukan untuk menyibuk atau memaksa. Ia membantu ejen memberi anggaran kelayakan rumah yang lebih realistik sebelum anda mula viewing dan bayar booking.
Semak Kelayakan di WhatsAppKenapa Ejen Hartanah Perlukan Payslip?
Payslip ialah salah satu dokumen asas untuk memahami pendapatan, komitmen dan kemampuan anggaran pembeli. Ia membantu proses pencarian rumah menjadi lebih terarah.
Cadangkan Harga Rumah Sesuai
Ejen boleh bantu anda fokus pada julat harga yang lebih munasabah mengikut kemampuan awal.
Semak Dokumen Awal
Anda boleh tahu dokumen tambahan yang mungkin diperlukan sebelum proses pinjaman dimulakan.
Elak Buang Masa
Kurangkan risiko viewing banyak rumah tetapi akhirnya kelayakan tidak sepadan.
Apa Yang Biasanya Dilihat?
- Pendapatan asas, elaun tetap dan rekod pendapatan semasa.
- Komitmen bulanan seperti pinjaman kenderaan, PTPTN atau pembiayaan lain.
- Tempoh pekerjaan dan jenis pendapatan.
- Padanan kasar harga rumah dengan kemampuan pembeli.
Adakah Payslip Selamat Untuk Diberi?
Kongsi dokumen hanya dengan pihak yang anda percaya dan bagi tujuan yang jelas, seperti semakan kelayakan rumah atau permohonan pinjaman. Anda boleh bertanya bagaimana dokumen digunakan dan elakkan menghantar melalui saluran yang tidak diyakini.
Untuk maklumat sangat sensitif yang tidak diperlukan bagi semakan awal, anda boleh bincang dahulu dengan ejen atau pegawai bank sebelum berkongsi.
Soalan Lazim
Kalau saya tidak mahu beri payslip, boleh?
Boleh berbincang dahulu. Namun, tanpa maklumat pendapatan asas, ejen hanya mampu beri cadangan yang lebih umum dan kurang tepat.
Peniaga atau bekerja sendiri macam mana?
Dokumen lain seperti penyata bank, SSM, Borang B atau dokumen cukai mungkin digunakan, bergantung kepada syarat pihak pembiaya.
Adakah beri payslip terus bermaksud loan lulus?
Tidak. Ia hanya membantu semakan awal. Kelulusan tetap ditentukan oleh bank atau LPPSA.
Nak Semak Kelayakan Rumah Dahulu?
Hubungi Anis Anuar untuk panduan awal beli rumah di Perak.
WhatsApp Anis · 010-393 8962